Kitab Maulid Simthudduror
“Simthud-Durar fi akhbar Mawlid
Khairil Basyar min akhlaqi wa awshaafi wa siyar” atau singkatannya “Simthud-Durar”
adalah karangan mawlid junjungan yang disusun oleh Habib Ali bin Muhammad bin
Husain al-Habsyi (1259 – 1333H / 1839 – 1913M). Mawlid yang juga terkenal
dengan panggilan “Mawlid Habsyi” ini telah diimla’kan oleh Habib Ali tatkala
beliau berusia 68 tahun dalam beberapa majlis bermula pada hari Khamis 26
Shafar al-khair 1327 dan disempurnakan 10 Rabi`ul Awwal tahun tersebut dan
dibacakan secara rasminya di rumah murid beliau Habib ‘Umar bin Hamid as-Saqqaf
pada malam Sabtu tanggal 12 Rabi`ul Awwal.
Habib Thoha bin Hasan bin Abdur Rahman as-Saqqaf dalam“Fuyudhotul
Bahril Maliy” menukil kata-kata Habib ‘Ali berhubung karangannya tersebut
seperti berikut:-
”
Jika seseorang menjadikan kitab mawlidku ini sebagai salah satu wiridnya atau
menghafalnya, maka sir Junjungan al-Habib S.A.W. akan nampak pada dirinya. Aku
mengarangnya dan mengimla`kannya, namun setiap kali kitab itu dibacakan
kepadaku, dibukakan bagiku pintu untuk berhubungan dengan Junjungan Nabi
SAW…..”
Habib Novel bin Muhammad al-’Aydrus menceritakan bahwa antara
keistimewaan “Simthud Durar” ialah seseorang yang mempelajarinya akan cepat
menghafal al-Quran. Perkara ini beberapa kali berlaku pada murid-murid yang
diasuh oleh Habib Husain Mulakhela, di mana sebelum menghafal al-Quran mereka
disuruh membaca dan menghafal “Simthud Durar” dan ternyata hasilnya murid-murid
tersebut lebih cepat menghafal al-Quran. Habib Husain Mulakhela sendiri mengalami
hal sedemikian. Ketika diawal menuntut ilmu bahasa ‘Arab, gurunya, Habib Hadi
Jawas telah menyuruhnya untuk terlebih dahulu mempelajari “Simthud Durar”.
Setelah dipelajari dengan tekun, barulah diketahuinya bahawa “Simthud-Durar”
menghimpun semua wazan / pola kata / tata kata dalam bahasa ‘Arab, sehingga dia
menjadi mudah untuk menguasai ilmu nahu dan sharaf.
Setelah
100 tahun karangan mawlid ini beredar, kemasyhurannya tetap bersinar cemerlang
dengan dijadikan bahan bacaan dan wiridan ramai pencinta Junjungan s.a.w.
Mudah-mudahan ianya terus hidup subur dan keberkatannya dilimpahkan kepada
segala yang mengaku umat Junjungan SAW.
Allahumma sholli wa sallim asyrafas
shoolati wat taslim
‘Ala Sayyidina wa Nabiyiina Muhammadi-nir
Ra-ufir Rahim.
Allahumma sholli wa sallim wa baarik
‘alaihi wa ‘ala aaalih.
Download Kitab Maulid Simthudduror
http://al-mawlidsaw.blogspot.com/2013/01/pdf-maulid-simthud-durar.html
Komentar
Posting Komentar